Nyior7 History


Nyior7 History

 
Kampung Nyior Tujuh merupakan sebuah kampung yang terletak di Jerteh, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur


Kampung Nyior Tujuh secara sejarahnya tidak dapat dikenal pasti siapa yang membukanya, namun mengikut cerita turun temurun, orang pertama yang membukanya telah berehat di sebatang pokok kelapa akibat keletihan daripada perjalanan yang jauh. Tanpa disedari, pokok tersebut mempunyai kembar tujuh yang selari dengannya.[perlu rujukan]
Namun mengikut satu lagi versi, pada tahun 1850 an, nama asal Kampung Nyior Tujuh adalah Kampung Berhala Tambun. Kemudiannya, telah ditukar nama kepada Kampung Nyior Tujuh oleh orang siam yang telah lama menetap di daerah Jertih. Turut diperkatakan bahawa nama tersebut ditukar disebabkan pengaruh Agama Islam yang telah berkembang di Terengganu.
Semenjak dari itu, Kampung Nyior 7 terus berkembang pesat di bawah kepimpinan Kerajaan dan pembangunan infra jelas terbukti dengan jalan raya yang baik dan beberapa masjid lama yang dipelihara dan baru telah dibina

Tiada ulasan: